Rabu, 3 Julai 2013

Resepi masakan kampung KERABU JANTUNG PISANG vs ASAM REBUS dan asam rebus terung

KERABU JANTUNG PISANG vs ASAM REBUS

Kerabu jantung Pisang

Asam Rebus Terung


KERABU JANTUNG PISANG ...

BAHAN-BAHANNNYA :-)
1 biji jantung pisang nipah
10 - 15 ekor udang sederhana besar, kupas kulit, cuci dan celur 30 saat, toskan
4 biji bawang merah, hiris halus2
2 helai daun limau purut, hiris halus
4 camca besar susu sejat ideal (atau boleh guna santan kelapa)
2 camca besar air
3-4 biji limau kasturi
Garam dan gula secukup rasa
1 biji cili merah
4 biji cili padi
1/2 inci belacan(ditumbuk halus)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Jantung pisang di kupas kulitnya hingga jumpa bahagian yang lembut. Belah 2 dan rebus hingga lembut dalam air mendidih yang dicampur sedikit garam dan 1 keping asam gelugor. Toskan, biar sejuk, perah sedikit dan hiris halus. Masukkan dalam mangkuk.
  2. Sementara itu, satukan bahan tumbuk halus bersama susu sejat (atau santan) dan air, kacau dan didihkan sekejap, tambah garam dan gula secukup rasa. Matikan api dan biar sejuk.
  3. Dalam satu bekas, masukkan jantung pisang, udang yang telah dicelur, hirisan bawang merah, hirisan daun limau purut dan juga no. 2. Gaul rata dan perahkan jus limau kasturi secukupnya, ini bergantung pada citarasa masing2, nak masam atau sederhana. Hidangkan segera...

ASAM REBUS TERUNG....

BAHAN-BAHANNYA :-)
3 biji terung kari (atau 1-2 biji terung biru)
4 ekor ikan masin selar kuning (atau ikan cekik leher)
1 helai daun kunyit
2 keping asam gelugor
Sedikit garam dan gula
Air secukupnya
2 biji cili merah
4 biji cili padi
4 biji bawang merah
2 ulas bawang puti
1 camca besar ikan bilis
1/2 inci belacan
1/3 inci kunyit hidup(dikisar halus)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan bahan2 kisar bersama ikan tadi ke dalam periuk, tuang air secukupnya. Masukkan asam gelugor dan biar mendidih. Tambah terung dan daun kunyit, masak sekejap.
  2. Masukkan sedikit garam dan gula, kemudian rasa, jika perlu tambah sedikit garam lagi, Bila terung lembut boleh matikan api. Hidangkan panas (kalau nak guna serbuk perasa pun bolehh)..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan