Selasa, 2 Julai 2013

Resipi Masakan Kampung




RESEPI MASAKAN KAMPUNG

LEMAK PUTIH KOBIS...

BAHAN-BAHANNYA:-)
1/4 biji kobis bulat
1/2 camca besar udang kering
4 biji bawang merah, hiris halus
2 ulas bawang putih, hiris halus
1/2 cekak soo hoon, kerat pendek dan rendam
1 biji cili merah, hiris serong
600 ml santan cair
300 ml pati santan
Garam dan gula secukup rasa
Air jika perlu

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Kobis dihiris kecil, cuci dan toskan. Udang kering direndam 10 minit, cuci, tos dan tumbuk kasar. Ketepikan.
  2. Dalam periuk, satukan bawang merah, bawang putih, udang kering dan santan cair. Masak hingga mendidih. Masukkan kobis dan kacau rata. Masak sekejap.
  3. Masukkan soo hoon (toskan), masak hingga soo hoon lembut. Tuang pati santan, masukkan cili hiris dan perasankan garam secukupnya dan secubit gula. Kacau dan masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan.

SAMBAL BUAH KUINI ..

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 biji buah kuini, ambil isinya
15 biji cili padi thai warna merah, cuci dan toskan
2 biji bawang merah, bakar hingga layu
1 inci belacan, bakar hingga harum
Secubit garam

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Tumbuk cili padi hingga hancur, masukkan belacan dan bawang merah, terus menumbuk hingga lumat dan halus. Masukkan secubit garam dan buah kunin tadi, tumbuk sedikit hingga buah hancur, gaul rata dan boleh dihidangkan.

PETAI JERUK...

BAHAN-BAHANNYA :-)
Beberapa papan petai
Garam secukupnya
Air masak

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Petai dicelur hingga berubah warna menjadi kepeerangan. Sejukkan. Picit petai tadi hingga isinya keluar. Buat hingga siap.
  2. Cuci isi petai tadi hingga bersih dan tidah berlendir. Jangan buang kulit yang menyaluti isi petai. Pilih isi petai yang elok, jika terdapat lubang kecil, asingkan.Itu bermakna isi petai tak elok dan mungkin ada anasir luar didalamnya.
  3. Masukkan isi petai dalam botol bersih, letak garam secukupnya. Jangan terlalu masih, agak2 yeaa. Tuang air masak hingga petai tenggelam, kacau rata hingga garam larut. Tutup botol dan biar di tempat gelap selama 3-4 hari. Kemudian simpan dalam peti sejuk.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan