Rabu, 3 Julai 2013

Resepi Lauk Kampung

LAUK KAMPUNG

P1230363

P1230367


GULAI SIPUT SEDUT...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 kg siput sedut
1 pokok kecil keladi sayur
1 keping asam gelugor
2 helai daun kunyit, disiat2
200 ml pati santan
800 ml santan cair
Sedikit air jika perlu
Garam dan gula secukup rasa
6 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1/2 inci kunyit hidup*
1/2 inci isi cekur*
3 biji cili merah*
1/2 inci belacan*
2 biji buah keras*(*dikisar halus)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Siput dicuci bersih, kerat hujung nya, anggaran 3 senggan, cuci kembali dan cedok keluar dengan tangan dan alih ke kalam tapis, toskan. Batang keladi dibersihkan, buang kulit luarnya, kerat2 dan cuci. Celur sekejap dalam air mendidih yang dicampur dengan asam gelugor dan sedikit garam. Toskan.
  2. Masukkan siput dalam periuk bersama asam gelugor, bahan kisar halus dan sedikit garam. Kacau dan masak atas api sekejap hingga. Tuang santan cair, kacau dan biar mendidih. Masukkan pati santan bersama batang keladi, kacau perlahan.
  3. Bila mendidih, tambah garam, gula secukup rasadan daun kunyit. Masak sekejap lagi, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi hangat.

TUMIS AIR DAUN MERANTI....

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 cekak daun meranti
10 ekor udang sederhana besar
2 keping tempe
1/2 biji bawang besar, hiris halus
3 ulas bawang putih, diketuk
7 - 8 biji cili padi, diketuk (optional)
1/2 kiub pati ikan bilis "Maggi" (optional)
Air secukupnya
Garam dan secubit gula

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Sayur meranti diasingkan daun dari tangkainya, rendam dan toskan. Tempe dipotong sederhana besar, udang dibersihkan, cuci dan tos. Ketepikan.
  2. Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumis bawang besar dan bawang putih hingga harum. Masukkan udang dan masak hingga udang berubah warna. Tuang air secukupnya (yang ni agak2 lah yeaa..), masukkan kiub ikan bilis dan biar mendidih.
  3. Masukkan sayur meranti tadi. Masak sekejap, tambah garam secukup rasa dan secubit gula. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama sambal belacan dan ikan masin...hmm sedapp...

2 ulasan:

  1. Kena cuba ni,,suami suka sgt dgn lauk siput sedut hehhe..anyway thaks ye bg resepi
    Jemput jenguk blog newbie sy ye http://laromeserumkurus.blogspot.com

    BalasPadam
  2. Sportpesa Soccer Result - How To Win Money On Betting leovegas leovegas ミスティーノ ミスティーノ 메리트 카지노 쿠폰 메리트 카지노 쿠폰 8902Over 0.5 first half goals predictions today

    BalasPadam