Rabu, 3 Julai 2013

Resepi Rendang Lokan Cili Padi

RENDANG LOKAN CILI PADI...

rsz_rendang_lokan


BAHAN-BAHANNYA :-)
300 gram isi lokan
1 paket kecil rempah rendang Baba's (25 gram)
1 keping asam gelugor
150 ml pati santan
1/2 camca besar gula melaka
2 camca besar kerisik
2 helai daun limau purut
1 helai daun kunyit, mayang halus
Garam secukup rasa
4 biji bawang merah, hiris
2 ulas bawang putih, hiris

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
7 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
15 biji cili padi kampung
1/2 inci halia
1/2 inci lengkuas
3 batang serai, hiris halus
2 biji buah keras
1/2 inci kunyit hidup

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Bancuh bahan kisar halus dan rempah rendang, kacau rata hingga menjadi pes (tambah sedikit air jika perlu). Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang merah dan bawang putih hiris hingga harum. Masukkan pes rempah dan tumis hingga terbit minyak dan rempah garing. Guna api kecil dan kacau selalu.
  2. Masukkan santan, kerisik, guna melaka dan asam gelugor. Kacau rata dan masak hingga pekat. Tambah lokan dan daun limau purut. Gaul dan masak dengan api kecil hingga sedikit kering. Tambah garam secukup rasa dan masukkan daun kunyit. Gaul dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi, ketupat atau pulut kuning.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan